75794621.jpg 23732866771.jpg  21944051561.jpg  4529101551.jpg
KEJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jerutera, siapakah akan merancang dan mereka projek-projek seperti pengsiran, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?

Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, penbinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.

Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.

Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya mengunakan bahan dan sumba semula jadi.

Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan mungguna (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang.

Meraka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan suktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kereatif.

Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan  ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara. 

Di antara pangkususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, perbuatan, telekomunikasi dan pertanian.

Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggiterhadap profesion ini.

Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.

Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerja ini.

Syarat Melanjutkan Pengajian

Calon perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional (SPMV) dan mendapat kepujian mata pelajaran matematik moden, matemetik tembahan, fizik, kimia, biologi, bahasa melayu dan Inggeris. Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, calon perlu lulus matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am.Tempoh pengajian adalah di antara empat hingga enam tahun.

Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh memohon masuk ke UKM, UM, UPM, USM, UNIMAS, dan UiTM serta universiti-universiti di Astralia, Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.

Lulusan program matrikulasi atau asasi sains yang berjaya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan.

Di UTM pula, kursus kejuruteraan yang memakan masa lima tahun pengajian boleh diikuti secara terus selepas SPM.

Universiti swasta tempatan seperti Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Petronas juga menawar krusus di bawah peringkat ijazah surjana muda.

Lulusan diploma dari UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan dan kolej swasta juga boleh memohon.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan.

  1. Tekun dan bekerja keras
  2. Mempunyai keinginan untuk berjaya
  3. Seorang yang dinamik
  4. Dapat bekerja secara berkumpulan

Syarat menceburi bidang ini

Calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara.

Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli institute of Engineers Malaysia sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia.

Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.

Tempat melanjutkan pengajian.

Universiti yang menawarkan khusus di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Mara. (UiTM) dan institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO).

UTM, UPM, UiTM dan politeknik Kementerian Pendidikan menawarkan kursus di peringkat diploma.

Universiti-universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Astralia, Kanada, New Zealand dan Singapura turut menawar krusus ini.